cubaan
Tip untuk Ibu bapa/Penjaga
Anak pintar
• Sebaik kandungan mencecah empat bulan, ibu digalakkan baca surah al-Fatihah, ayat Kursi dan surah al-Inshirah. Surah Fatihah adalah ibu al-Quran, ayat Kursi bertujuan menghalau gangguan syaitan manakala surat al-Inshirah untuk melapangkan hati dan fikiran.
•Selepas bersalin, baca surah berkenaan ketika menyusukan anak dan dihembuskan di kepala. Ia boleh diteruskan sehingga anak cukup umur.
•Waktu ketika anak antara sedar dan tidak. Rebut peluang bisikkan kata-kata nasihat, pujian dan pesanan. Ambil masa seminit, dua untuk membacakan doa sambil mengusap kepala mereka selain memberikan nasihat..
• Doakan kejayaan anak, rakan anak mereka, anak rakan dan jiran.
Fakta:
Rahsia pemakanan
(1) Madu - Madu adalah makanan yang sangat berkhasiat. Al-Quran mengiktiraf ia ‘shifa’ iaitu penyembuh penyakit. Madu didapati berkesan untuk merawati penyakit dan boleh menghindarkan kepenatan kerja otak seperti berfikir, membaca, merancang dan bermesyuarat. Ia perlu diambil dua sudu teh (gunakan sudu plastik) pada waktu pagi dan malam.
(2) Kismis - Mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk membina darah bagi memastikan bekalan oksigen yang mencukupi untuk disalurkan ke otak. Adab memakannya ialah dengan mengadap Kiblat, membaca Bismillah dan selawat tiga kali diikuti doa penerang hati. Ia perlu dimakan seperti memakan gula-gula kerana dikatakan tidak berkesan jika dikunyah dan diambil satu persatu sebanyak 21 biji setiap hari.
(3) Susu segar - Susu berguna untuk kesihatan otak, mempertajamkan ingatan, membekalkan tenaga mental dan fizikal. Susu mengandungi tiga unsur semula jadi iaitu keju, lemak dan air yang amat diperlukan untuk pertumbuhan badan dan otak. Susu yang terbaik untuk ketajaman minda ialah susu kambing, biri - biri dan lembu yang segar. Ia diminum segelas pada sebelah pagi dan malam.
(4) Telur - Bermanfaat untuk menambah kekuatan otak, badan dan menjaga kesihatan keseluruhannya. Ahli - ahli kesihatan mengakui ia adalah makanan yang lengkap dan berkhasiat. Telur yang terbaik ialah telur ayam kampung dan yang masih baru.
Peperiksaan
Usaha Tangga Kejayaan
Makluman Ibubapa/Penjaga.Ujian Setara Bulan Mac Sekolah-Sekolah Agama Daerah Johor Bahru akan diadakan pada: 20hb - 23hb Mac 2012 .
Keputusan SDKA(Darjah Khas)boleh diambil di Pejabat Sekolah Aga.Kg.Melayu Pandan bermula jam 10.00pg pada tarikh 28hb Mac 2012.
.
Lain-lain Makluman
Dimaklumkan:-
Taklimat Kebakaran telah diadakan di SAKMPJB pada 26hb Mac 2012(Isnin)jam 12.00tgh hari oleh En. Mandy.Semua guru sesi pagi& petang terlibat sama.Majlis Guru mengucapkan ribuan terimakasih
Senyum itu sedekah.
